I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!

Bintang Harry Potter meninggal dunia!

April 1st, 2013

LONDON 30 Mac – Aktor Britain yang terkenal kerana peranannya dalam filem Harry Potter, Richard Griffiths meninggal dunia ketika berumur 65 tahun, kata ejen kepada pelakon itu semalam.

Mendiang yang merupakan satu daripada bintang yang wataknya disukai rakyat Britain meninggal dunia kelmarin akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan jantung, kata ejen Griffiths, Simon Beresford.

Griffiths akan terus dikenang peminat filem klasik Withnail & I sebagai Uncle Monty walaupun dia mempunyai penonton terbesar ekoran peranannya sebagai Uncle Vernon Dursley dalam filem Harry Potter.

Sementara itu, Daniel Radcliffe yang merupakan watak utama dalam siri filem Harry Potter memberi penghormatan terawal kepada mendiang yang menurutnya Griffiths telah banyak memberinya ‘dorongan, didikan dan jenaka’. – AFP

SUMBER

Promosi Skybox F5 dan Skybox F3 Chinese New Year 2013!

February 10th, 2013

Oh yesss!!!!! Kini HafizWifiBooster (KLIK DISINI UNTUK TERUS KE PAGE JUALAN) kembali dengan promosi yang hangat dan gempak!

Dapatkan Skybox F3 dan Skybox F5 sekarang dengan harga yang amat menakjubkan! Inilah peluang anda untuk memiliki dekoder idaman setiap keluarga di seluruh dunia ini!

Cepat! Stok adalah terhad dan tempoh promosi juga bergantung kepada bilangan stok yang tinggal!! SMS ke 0133381037 sekarang untuk membuat pembelian!!!!

Kisah disebalik UiTM Lendu, Melaka

January 20th, 2013

Gambar kisah rasuk hantu dan histeria di UiTM Cawangan Lendu, Melaka. Kini, semua pelajar di UITM berkenaan sedang berada dalam keadaan dilema dan trauma berhubung isu tersebut. Terdapat beberapa kes kena rasuk dilaporkan oleh sesetengah pelajar. Berikut adalah perkara yang dibincangkan dilaman twitter ketika ini.

Kebanyakan pengguna akaun Twitter dari kalangan pelajar dan golongan muda yang dilihat memberikan perhatian kepada kejadian rasuk di UiTM berkenaan. Ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan situasi di sana dan ramai juga yang mendoakan keselamatan kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Menurut laporan, ini adalah gambar lama yang diambil berhampiran Jambatan Tasik Tun Fatimah yang menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka sedang dilanda masalah histeria ketika ini. Dalam bulatan tersebut, kita dapat lihat seolah-olah kelibat makhluk yang sukar untuk dipastikan.

Laporan Saksi Pelajar UITM Lendu Melaka

Banyak laporan yang diterima bahawa kejadian aneh yang berlaku di UITM Lendu sudah lama terjadi dan cuma sekarang ni ianya menjadi isu yang baru untuk dipertengahkan. Disini kami ingin kongsikan kisah sebenar yang ditulis oleh bekas pelajar UITM Lendu yang kini merupakan seorang wartawan disebuah laman blog yang terkenal.

Kisah Benar Oleh Bekas Pelajar UITM Lendu Melaka ( oleh Kasih Isa)

Sebenarnya, kisah Uitm Lendu berhantu sudah wujud sejak sekian lama lagi, tapi tidak sangka ia mendapat perhatian luas pada masa kini. Terus terang penulis katakan, kejadian pelajar dirasuk, histeria atau sasau (menjadi gila) memang benar-benar berlaku dan ia bukan cerita dongeng.

Penulis yang pernah menuntut di sana selama tiga tahun turut pernah berhadapan dengan situasi begini, tetapi bukan penulis dirasuk sebaliknya kawan terdekat. Sepanjang belajar di sana, hampir dua atau tiga bulan sekali ada saja pelajar yang akan terkena penyakit rasuk ini. Mereka yang dirasuk ini memang mempunyai kuasa luar biasa, dengan tiba-tiba akan menjadi kuat dan sukar dikawal.

Percakapan pula ada yang boleh difahami dan ada pula yang sepatah apa pun tak faham. Antara kata-kata yang dikeluarkan pelajar itu adalah ‘Jangan ganggu tempat aku!’, ‘Jangan baca (Yassin) aku panas’, ‘Kau banyak dosa’, dan ‘Dia ada dekat situ’.

Lebih teruk ada yang meracau sampai nak terjun dari tingkat empat kolej kediaman, mujur ada kawan-kawan lain yang mengawalnya. Pasal pelajar berlari-lari dari satu tingkat ke satu tingkat pernah juga penulis dengar, tapi penulis tidak melihat dengan mata sendiri jadi agak sukar untuk mengambarkan keadaan pada masa itu.

Sementara itu, kejadian pelajar diirasuk akan berlaku sekitar waktu peralihan masa seperti waktu Zohor, Maghrib dan pukul 12 tengah malam serta ia memakan masa hingga berjam lamanya untuk pelajar berkenaan pulih.

Sampaikan ada di antara pelajar-pelajar lain sudah lali dengan keadaan ini. Dah tahu dah bila dengar ada orang kena rasuk, mereka (pelajar) dengan sendiri akan ambil air sembahyang dan baca Yassin di ruang tempat tinggal masing-masing. Pernah pada satu ketika, seorang pelajar perempuan di tinggkat atas kolej terkena rasuk, tidak semena-mena ia berjangkit pula ke tingkat bawah!

Kemudian seorang lagi pelajar turut disampuk sama, menjadikan jumlahnya tiga orang! Bayangkan pada ketika itu keadaan punyalah tidak terkawal. Dengan ada pelajar yang lemah semangat dengan tiba-tiba pengsan. Itu belum lagi ada yang menangis ketakutan. Sampaikan pada satu tahap Yassin dan bacaan doa terpaksa dibuat di Masjid Al-Hikmah, Uitm supaya bacaan itu dapat berkumandang di seluruh Uitm.

Ada juga pada satu tahap, yang pelajar kena rasuk itu tidak dapat dipulihkan dan dia terpaksa dibawa pulang ke rumah ibu bapa. Menurut cerita pelajar senior yang terlebih dulu tinggal di sana, terdapat sebuah tangki air yang terletak di atas bukit berhampiran kolej kediaman perempuan, mereka berkali-kali berpesan agar tidak menjejakkan kaki ke sana.

Malah, penulis sendiri pernah dengar dari mulut Ketua Residen Kolej sendiri tentang amaran berkenaan. Tetapi biasalah, pelajar degil. Lagi cakap jangan pergi, lagilah perasaan ingin tahu itu membuak-buak. Bukannya apa, kawasan atas bukit itu terpencil, biasanya tempat terpencil dan tidak didiami manusia akan didiami oleh siapa? Tentunya jin, iblis dan makhluk halus lain.

Selain itu, ada juga amaran mengenai jangan berjalan di tepi tasik Tun Fatimah yang menghubungkan antara kolej dan kelas pada waktu senja. Mereka kata, Tun Fatimah suka berjalan pada malam hari untuk ambil angin! Tetapi tentang cerita tasik itu penulis tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tak usahlah percaya seratus peratus.

Tetapi, kadang-kadang pelajar tak boleh mengelak daripada melalui tasik itu terutamanya apabila ada kelas malam atau kelas habis sekitar pukul 7pm. Ustaz di Uitm, Lendu pernah berkata, makhluk halus suka pada orang yang lemah. Lagi-lagi pada masa minggu peperiksaan, semasa tu semua tengah stress dan berfikiran serabut. Jadi masa tulah yang digunakan untuk masuk ke dalam tubuh manusia.

Lagi satu, perkara dirasuk ini sering berlaku kepada pelajar perempuan terutamanya apabila mereka datang bulan (period). Pada ketika itu, badan kotor dan hormon tidak stabil.

Sumber

Barang peribadi untuk dijual : Blackberry Bold 9900 (Bold 4) Original Brightstar

January 13th, 2013

HARGA BOLEH RUNDING :)

Item(s): BLACKBERRY BOLD 9900 ( BOLD 4)

Package includes: ORIGINAL BOX, ORIGINAL LEATHER POUCH, WARRANTY CARD ( CHARGER & EARPHONE LOST AT JAPAN LAST 3 MONTHS)

Price: RM950

Warranty: LEFT 14 MONTHS. BOUGHT MARCH 2012.

Dealing method: POSLAJU / COD (NEED TO ARRANGE TIME, BZ)

Location of seller: SHAH ALAM

Contact method/details: 0133381037 PLEASE SMS ONLY!!

Age of item: 10 MONTHS

Item(s) conditions: 99.9% LIKE NEW

Reason for sale: Need Money

Gambar Proton Perdana Baru 2012

December 16th, 2012

Baru-baru ini terdengar ura-ura mengatakan Proton telah pun memperbaharui kereta keluaran mereka, Proton Perdana. Hasil pencarian kami, terjumpa dengan photo Proton Perdana yang terbaru ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..