I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!

Elly Suriati keguguran !

December 30th, 2011

PETALING JAYA: Hasrat pelakon dan pengarah filem, Elly Suriati untuk memperoleh anak keempat tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran ketika sedang sibuk mengarahkan filem sulungnya, Penanggal di Kuala Kangsar, Perak pada Rabu.

Suaminya, pelakon Azri Iskandar ketika dihubungi berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari, Rabu semasa isterinya hendak membuang air kecil dan tiba-tiba berlaku pendarahan.

“Penggambaran filem habis lewat sehingga pukul enam pagi tadi kerana Elly ingin menyiapkan adegan malam untuk filem itu.

“Dia menyedari keguguran itu berlaku apabila hendak membuang air kecil dan mendapati berlaku pendarahan. Kami terus ke hospital dan pemeriksaan lanjut telah mengesahkan dia keguguran,” ujarnya.

Elly sebelum ini dilaporkan sedang mengandung empat bulan dan hasil perkongsian hidup mereka pasangan itu dikurniakan tiga orang anak namun anak keduanya telah meninggal dunia.

Azri memberitahu isterinya kini berada di Hospital Kuala Kangsar dan akan ditahan selama beberapa hari mengikut tahap kesihatannya.

Dalam pada itu, Azri memberitahu keguguran itu berlaku mungkin disebabkan oleh kelasakkan isterinya itu dilokasi penggambaran namun menganggap itu adalah suratan takdir Allah SWT.

Tumpuannya kini kata Azri adalah kepada isterinya yang masih bersedih kerana kehilangan bayi mereka dan berharap dia akan tabah menghadapi ujian itu.

“Elly dalam keadaan tertekan dan banyak menangis ketika ini kerana sedih dengan keguguran itu jadi saya perlu memberikan tumpuan kepada dia,” ujarnya.

Terdahulu, dalam satu temubual semasa pelancaran filem Penanggal, Azri pernah melahirkan kerisauannya terhadap keadaan isterinya yang sibuk dalam kerja-kerja pengarahan filem tersebut.

Dia bimbang isterinya akan tertekan dan akan memberi kesan kepada kandungan tambahan pula sikap Elly yang tidak mahu mendengar kata ketika mengandung.

Sementara itu, walaupun bersedih dengan kehilangan anak mereka, Azri berkata dia redha dengan ketentuan Tuhan dan menganggap ia bukan rezeki mereka.

“Ia bukan salah sesiapa tetapi ketentuan Allah SWT, saya terima dengan penuh redha,” ujarnya ringkas.

Dalam perkembangan lain, Azri berkata, penggambaran filem Penanggal yang turut menampilkannya sebagai pelakon akan dihentikan buat beberapa hari sementara menunggu keadaan kesihatan Elly kembali pulih.

Katanya, penggambaran yang diadakan di Kampung Sayong Ulu, Kuala Kangsar itu juga mungkin akan diteruskan oleh penolong pengarah bagi adegan ringkas yang tidak memerlukan perhatian isterinya.

Penanggal adalah filem arahan pertama Elly dan dibarisi oleh pelakon seperti Zul Ariffin, Umi Shazera, Fasha Sandha dan Datuk Sharifah Aini.

p/s : dah lama tak dengar berita pasal Elly,keluar2 berita sedih.Harap bersabar.
Sumber

Masalah online banking ( perniagaan online )

December 30th, 2011

VS

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua pembaca..Kali ini saya repost tentang masalah perniagaan online ini kerana post sebelum ini tidak sempat di backup sebelum domain ini berpindah hosting.

Baiklah,adakah anda seorang peniaga yang menjual barangan secara atas talian ( online business ) ? Jika ya mesti anda berurusniaga menggunakan online banking kan?

Anda menggunakan perkhidmatan bank apa ya?Selamat?Boleh digunakan untuk dibuat rujukan?Disini saya sertakan satu post dari forumer tentang masalah ini :

Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan…

Hari ini sy nak berkongsi satu perkara mengenai Maybank2u dan CimbClicks untuk bisnes online…Pada anda yang mana satu lebih baik???

Sebelum ini, saya belum pernah menerima lebih daripada 10 pembelian dalam sehari. Jadi saya tak nampak sbrg kekurangan atau kelebihan terhadap kedua-dua bank di atas…Tp kebelakangan ini, Alhamdulillah, rezeki melimpah luah…Jadi barulah saya dpt kesan beberapa masalah jika kita menggunakan M2u.

Begini, antara kelemahan M2u ialah ia tidak memaparkan nama & masa wang masuk ke akaun kita dengan jelas…Jadi, hal ini telah di ekploitasi oleh mereka-mereka yang nak produk percuma…Caranya ialah dengan :

1) Mereka transfer duit ke akaun lain, tp masukkan email kita (penjual) di bhgn email penerima.

2) Mereka tulis dalam borang, wang ditransfer guna mesin ATM atau Cash Deposit, tp hakikatnya tiada duit pun yang dimasukkan…Malahan resit yang diemailkan pun resit palsu (nak edit, guna paint pun boleh)

Jika transaksi sikit dalam sehari mmg tiada masalah…tp baru-baru ini saya terima hampir 70 pembelian dalam masa 2 hari…Selepas saya periksa, ada 3 orang yg tak dpt dikesan wang yg ditransfer ke akaun saya…Mangapa saya tak boleh kesan? Sebabnya ialah ada berbelas orang yg transfer guna atm/cash deposit, jadi saya tak dpt kesan siapa sebenarnya yang menipu kerana M2u tak sertakan masa wang masuk dalam report mereka…Selain itu, ada juga yang tak lakukan pemindahan ke akaun saya, sebaliknya masukkan wang ke akaun org lain, tp dibhgn email mereka masukkan email saya…

Untuk memudahkan lagi pemahaman anda, saya bagi contoh begini..

Contoh 1:

Jika dalam sehari ada 7 org transfer guna atm/cash deposit di akaun maybank anda, tp bila anda check, ade 5 transaksi saja yang masuk, bagaimana anda nak kesan siapa yang bohong jika anda tiada butiran masa & nama mereka yang transfer duit di bahagian report?

Contoh 2:

Jika dalam sehari ada 20 org transfer guna online transfer ke akaun maybank anda, tp bila anda check, ade 18 transaksi saja yang masuk, bagaimana anda nak kesan siapa yang bohong jika anda tiada butiran masa & nama mereka yang transfer duit di bahagian report? Memang anda ade dapat 20 email dari M2u, tp dalam akaun anda, tiada pun wang untuk 20 transaksi…

Mungkin masalah di atas boleh selesai jika kita update buku di bank atau dptkan report ringkas di atm mesin…tp ia menyusahkan sikit…Berbanding dengan CIMB, memang susah untuk penipu membuat penipuan kerana masa & nama mereka yang transfer duit tertera di bahagian report..

Jadi apa kata anda?Ya saya sendiri adalah seorang peniaga atas talian.Setakat ini baru sahaja dua atau tiga orang yang berani berbuat begini,tapi kita mestila kena cekap,sebelum proceed untuk pos/hantar barang kepada ‘pembeli’ itu,anda mestilah semak dahulu pastikan bayaran diterima,baru lah anda proceed.

Bagi saya,buat masa ini,CIMBCLICKS memberi perkhidmatan yang terbaik.Waktu duit dimasukkan kedalam akaun kita sehinggalah kita dibenarkan untuk memuat turun list transaksi yang berlaku dalam masa 60 hari untuk rujukan kita.Seriously berpuas hati dengan CIMBCLICKS.

Lain pula ceritanya dengan MAYBANK,tidak dinafikan perkhidmatannya amat memuaskan,tetapi saya harap agar pihak berkenaan dapat meningkatkan lagi sistem online banking especially berkenaan waktu duit dimasukkan kerana ianya amat penting.

MudahAlih.My,platform terbaru untuk berjual beli online!

December 26th, 2011

Memperkenalkan platform terbaru untuk berjual beli gadget eletronik,MudahAlih.my

MudahAlih.my membolehkan para pengguna tempatan berjual-beli peranti-peranti seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet dan gajet lain mudah, terus melalui laman MudahAlih.my. Dan dalam usaha menarik pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, pelbagai peraduan turut disediakan oleh pihak mereka.

Melalui apa yang kelihatan, ia beroperasi seperti laman jual-beli biasa, namun ia membawakan skop khas, iaitu memfokuskan kepada para peminat peranti dan gajet. Buat masa ini, pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan tersebut adalah percuma, terus melalui laman web mereka.

Pada masa yang sama, mengikut pembangun laman tersebut, mereka turut sama akan memperkenalkan laman web versi mesra mudah-alih tidak lama lagi, serta memperkenalkan aplikasi khas untuk para pengguna Android, BlackBerry dan juga iPhone tidak lama lagi.

Bagi mereka yang berminat dengan peranti dan juga gajet, mungkin anda boleh melayari laman MudahAlih.my hari ini.

P/S : Saya buat entri ni pun sebab dah try guna mudahalih.my nie,menarik..
Sumber : Amanz.My

Haram muslim mengucapkan Merry Christmas atau Selamat Hari Natal !

December 24th, 2011

Haram hukumnya merayakan dan mengucapkan Selamat Hari Natal.Sejak kebelakangan ini ada pihak yang mengatakan boleh mengucapkan selamathari natal dan sebagainya kepada penganut ajaran Nasara. Dalam catatan kaum Muslimin (hadis atau sirah dan sejarah) tidak pernah Nabi Muhammad saw dan Kaum Salaf melakukan hal demikian. Rasulullah dan para sahabat selalu berinteraksi kepada kaum kafir dengan cara yang baik, namun dari sudut memgucapkan Salam kepada mereka tidak pernah kita temui nasnya. Sejak kebelakangan ini sahaja nampaknya ada fatawa baru yang jauh sekali kebenarannya dan jauh sekali dengan jejak langkah kaum salaf.

Saya copy satu pendapat yang saya yakin benar dan mengikut jalan salaf yang sebenar.

Pandangan oleh Syeikh Muhamad Saleh Al Utsaimin mengharamkan perbuatan yang diambil berdasarkan pandangan Ibn Qayyim Al Jauziyyah.Moga kita boleh menilainya dan diberi petunjuk oleh Allah.

Mengucapkan Happy Christmas atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang Kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama. Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahladz-Dzimmah, beliau berkata,

“Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syi’ar-syi’ar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap Hari-Hari besar dan puasa mereka, perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lolos dari kekufuran, maka dia tidak akan lolos dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap Salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba kerana melakukan suatu maksiat, bidaah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi kemurkaan Allah dan kemarahan Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahwa mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandung persetujuan terhadap syi’ar-syi’ar kekufuran yang mereka lakukan dan meredhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meredhai syi’ar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya kerana Allah Ta’ala tidak meredhai hal itu sebagaimana dalam firmanNya :

“Maksudnya : Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meridhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meridhai bagimu kesyukuranmu itu.” [Az-Zumar:7]

“Maksudnya : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku,dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu.” [Al-Ma`idah :3]

Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya kerana hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita.

Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklahakan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi. [Ali Imran :85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya ketimbang mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ikut berpartisipasi bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir,seperti mengadakan pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut,saling berbagi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan, meliburkan pekerjaan dan semisalnya.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum,
maka dia termasuk sebahagian dari mereka.” [Hadits Riwayat Abu Daud]

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidla ash-Shirath al-Mustaqim, Mukhalafah Ashhab al-Jahim.

Menyerupai mereka di dalam sebagian hari-hari besar mereka mengandung konsekuensi timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka antusias untuk mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan mengihinakan kaum lemah (iman).

Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa,baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan terhadap Dienullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.

[Disalin dari Majmu' Fatawa Fadlilah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih
al-Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, No.403]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..