I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!

RM100,000 Jika Dapat Buktikan Datuk K Kahwini Rozita Che Wan!

April 11th, 2012

RM100 000! Itulah ganjaran wang tunai yang ditawarkan oleh adik kepada Datuk Khalid (Datuk K), Datin Zaitun Mohd Jiwa kepada mana-mana pihak yang dapat membuktikan Datuk K telah berkahwin dengan pelakon drama popular, Rozita Che Wan. Zaitun berkata bahawa dia tidak kisah mengeluarkan jumlah wang yang banyak sebagai cabaran kepada individu yang berani menyebar fitnah terhadap suami penyanyi no 1 negara, Dato’ Siti Nurhaliza.

Khabar angin yang disebarkan melalui sebuah forum gosip sekitar akhir bulan Mac lalu dipercayai sedikit sebanyak menganggu ketenteraman kedua-dua pasangan romantis ini. Walaupun aktres Rozita Che Wan sudah menafikan khabar angin tersebut, namun ia masih tetap diperkatakan sehingga hari ini.

Memetik kenyataan Datin Zaitun, “Perkara ini bukan pertama kali terjadi, sebelum ini juga ada terdengar khabar angin bahawa mereka telah berkahwin. Namun tiada seorang pun yang tampil memberikan kad jemputan mahupun gambar perkahwinan di antara Khalid dan perempuan tersebut.”

“Jika berani mengeluarkan kenyataan tersebut kenalah berani tampil kehadapan dan memberikan bukti. Jika ada, ganjaran yang saya sebutkan tadi akan saya berikan.” -Datin Zaitun Mohd Jiwa

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

CommentLuv badge

I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..