I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!

Cerita disebalik Banglo Kayangan!

March 1st, 2011

Hello dan hai kepada semua readers dan bloggers yang mengikuti blog I’m Hafiz,especially yang setia membaca post-post saya yang berkaitan dengan ‘rumah-rumah kat Shah Alam’ tempoh hari dan yang sewaktu dengannya.

Tengahari tadi,saya dapat email dari seseorang (bukan nama sebenar),ingin berkongsi sedikit cerita dan pengalaman beliau mengenai Banglo Kayangan kat seksyen 12,Shah Alam tu.So,diatas permintaan beliau yang ingin namanya tidak disiarkan,saya tak siarkan lah,saya siarkan ceritanya sahaja.Hehe..

Hi hi!

Saya terjumpa site your site masa tengah Google rumah hantu Seksyen 12 (nak tengok if ada orang pernah pergi rumah tu, sebab saya dah lalu rumah tu 2 kali, rasa tak best. )

Actually rumah tu bukan rumah Mona Fandey. So memandangkan you’re not sure of it’s story, I nak ceritakanlah. Sebab I berkawan dengan orang-orang yang kenal anak tuan rumah tu. Tapi saya tak nak la nama dipublishkan ke apa, because to be honest, I tak rasa best la nak ceritakan, tapi nak kongsi cerita jugak ahahhaha.

So anyway, rumah tu dulu tanah kosong. And tuan rumah tu beli lah tanah tu, nak buat rumah. Orang-orang construction dah cakap awal-awal kat tuan rumah tu, that tanah tu keras sikit. Tapi tuan rumah ni tak percaya benda-benda ni, and dia insist nak buat juga.

So bila dah siap semua, ukur la saiz tingkap and pintu rumah tu. The next day datang bawak cermin semua, tapi tak muat, terbesar lah, terkecil lah. So ukur lagi, the next day, same thing happens. Cermin tak muat jugak. Dah berkali-kali ukur, sampai orang construction tu cakap mmg tak boleh nak buat apa. So rumah tu kena abandoned, tuan rumah tu beli tanah kat Seksyen 7, and buat rumah kat situ.

Tak tahu la kalau diorg ada try panggil ustaz ke or kena kacau ke, but basically tu la asal-usul Banglo Kayangan tu.

Ok skrang cerita I pulak haha.

Ada one time tu tahun lepas, I paksa kawan I bawak lalu rumah tu, sebab selalu sangat diorg cerita pasal rumah kawan diorang ni, tapi I pernah2 tgk. So kawan I bawak, time petang. Masa lalu tu, I nampak ramai “orang” kat pembukaan tingkap-tingkap and pintu kat situ.

The second time I lalu is Khamis malam Jumaat baru-baru ni, sebab kawan I sorang lagi pulak nak tgk. I tak pandang dah rumah tu, tapi bila lalu I rasa kena tolak. Yang kawan I tu pula, terdiam je.

Dah sampai rumah baru dia cerita, lalu je rumah tu, dia dengar orang jerit kuat sangat sampai kereta bergegar (tapi yang lain tak rasa apa). And all the way back (kitorg sempat singgah 7-11 lagi), dia keep on dgr orang menjerit2, orang cakap-cakap, orang tgh marah2. Bising sangat katanya, sampai kitorg panggil pun dia tak dgr. Ada one point dia tanya if ada benda ikut dia balik.

Nasib baik rumah dia ada ayat Al-Quran dekat pintu rumah. Dia masuk je rumah, suara-suara semua terus berhenti.

Oh terlupa plak.

Terlupa nak cakap yg tanah tu memang dah berhantu. Bukan rumah tu.

Asal-usul macam mana tanah tu berhantu, I tatau. Tapi ada dgr rumors yang Seksyen 12 tu tempat diraja or something like that. I tak berapa sure sangat sebab orang yang bercerita tu pun tak berapa tahu sangat. Something along the lines yang tanah keramat macam tu lah.

Ada orang cakap Seksyen 12 tu ada roh/hantu sultanah selangor dulu2 slalu ronda area tu. Kata orang dia ada belajar ilmu-ilmu ni semua. Again, saya tak sure kesahihan dia, tapi orang cakap kat Seksyen 12 tu la tempat dia buang or simpan belaan dia.

Kawan-kawan I duduk Shah Alam cakap, rumah tu tak sescary terserempak dengan jelmaan sultanah tu.

I akan try tanya lagi, kalau jumpa anything new or facts, nanti I share lagi lah.

tq tq

Percaya atau tidak?Semuanya terpulang kat korang :-) Jika korang ada sebarang komen,bolehla komen kat box bawah tu.Kongsi la jugak cerita korang dengan pembaca dan bloggers lain.Hehe..Ok setakat ini jer untuk harini,Selamat malam!

p/s:Memang banglo tu bukan rumah Mona Fandey pun..Hehe

Hati-hati jika mencari rumah di Shah Alam!

February 23rd, 2011

Salam sejahtera kepada semua readers dan juga rakan-rakan bloggers sekalian.Hari ini,saya akan berkongsi sedikit tentang ‘Rumah-rumah di Shah Alam’.Kenapa saya letak pengikat kata ( ‘ ) pada ayat saya?Itulah tajuk yang saya akan share kan kepada anda harini.

Nampak pengikat kata tu pun anda sume dah tau kan kenapa?Ok la senang cerita bagi anda yang tak faham-faham,ok maksud saya disini ialah RUMAH BERHANTU,bukan rumah berhantu yang korang selalu masuk kat funfair tu,tapi ini adalah realiti.

Bukanlah maksud saya nak takutkan korang sume,tapi saya nie pun cuma nak berkongsi dengan korang jer..Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie,nak beli rumah atau nak sewa rumah di Shah Alam kan?So lebih baik saya share kepada korang daripada saya simpan sorang dan duk diam jer betul tak?Dan saya yakin ramai dikalangan korang nie dah tau antara rumah-rumah yang popular (berhantu) di Shah Alam,contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup,yang tu memang la,memang dah rumah tinggal pun,takde orang dan orang takkan jual dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details tentangnya :

1.Banglo Kayangan,seksyen 12 Shah Alam

Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la korang buat research balik.

2.Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam

Ok,tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM (KLIK DISINI).Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat..Ishhk ada ke??

3.Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)

Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2 sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila terjumpe masing-masing lari.

4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam

Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original (chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja) balik rumah depa demam, its no joke OK.

Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?Hehe..Kalau nak ikutkan,banyak lagi..Tapi cukup setakat nie jer ok readers??Nanti kang post saya nak share tentang ‘rumah-rumah’ ni jadi thread hantu pulak..Hehe..Korang cuba la search-search sendiri kat web oke..

Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??

Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di sekeliling kita.

Kalau korang nak tengok source saya,baca lah kat sini,maybe korang juga boleh start research korang dari sini KLIK DISINI.

p/s : Ingat-ingat yea sume kalau nak sewa rumah tu,tak kisahla kat Shah Alam ke,kat Sabah ke Sarawak ke..Tau??Ape lagi,share la kat member-member korang :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..