I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!

Sambutan tahun baru 2012 di Genting Highlands !

January 1st, 2012

Dengar macam best kan??Memang la best…Sejuk…Ramai orang…Tapi…..

Korang tau tak semalam takde bunga api????!Kena scam haha..Tak tau la ada ke takde..Firstly aku memang dah naik kat parking atas nak tunggu bunga api,tapi takde…

So kami turun la kebawah.Dengar ada amoi sorang tu duk tanya-tanya polis yang jaga lalu lintas tu,katanya ada orang lagi dalam themepark so tak boleh nak tembak lagi bunga api takut cedera.

OK fine,kitorang naik lagi sekali sebab dia kata 12.30am bunga api ( walaupun dah terlewat setengah jam kan ), but still, tak ada…..Adoi kena scam kali kedua…Dah jatuh ditimpa tangga.Haha

Memang jem gila la malam tu..Hmm,nak kata takda bunga api,cam ada dengar bunga api..Tapi nak kata ada,ramai orang BOO last-last…Entahla….

But it’s ok la..Tapi memang sejuk gila menunggu bunga api..Bagitau la awal-awal kalau takde…Adoiyai…Happy New Year 2012 everyone.Semoga tahun baru membawa lebih makna dan kebaikan kepada korang..!

Cable Car Genting jatuh !

April 10th, 2011

Salam sejahtera diucapkan kepada pembaca serta bloggers-bloggers yang meluangkan masa untuk membaca blog I’m HaƑiz ni..

Berkenaan cable car genting terhempas,bercerita dari mulut ke mulut pada 3 March haritu…Sebenarnya cable car tu TIDAK terhempas dan jatuh,sebenarnya haritu ada seorang mamat nie nak bunuh diri lagi…

So kalau korang tengok betul-betul kat bawah yang warna merah tu adalah something yang digunakan oleh pihak bomba untuk menyambut (something like that la) orang tu kalau-kalau dia terjun…Kalau tengok betul-betul,takde rupa cable car pun benda tu…

Ni cerita lama nie,sila baca kat sini….Entah sapa la yang buat ura-ura camnie…Lihat cable car yang warna merah tu,sedang menuju dari bawah ke atas,mestilah pada hari dan waktu yang sama kan?Ok cakap banyak pulak..Jom tengok gambar..

Cuba lihat betul-betul..

Mamat nie nak bunuh diri ler…Cite lama….

p/s:So korang,kalau baca sesuatu berita,siasat dulu,jangan terus percaya 100% :-)

Genting Highlands dan…..

April 1st, 2011

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua pembaca dan bloggers yang setia membaca blog I’m HaƑiz..Post saya harini adalah tentang Genting Highlands dan…..

Apa maksud dan…. tu??Dan kisah-kisah disebaliknya…Bagi suspen sikit..Lagipun tajuk kalau nak tulis panjang-panjang tak lawa la jadinya..So we make it simple and suspen…Cun??Ok lets start…

Korang pernah pergi Genting Highlands?Korang suka pegi sana?Main themepark dan bergembira kat sana..Memang menyeronokkan kan?Udara segar,sejuk…Memang sesuai dengan namanya,Genting Kota Keriangan…TAPI TAHUKAH ANDA???!!!!!!Start dah…start dah…Hahaha…

Tahukah anda bahawa Genting Highlands mempunyai Kasino?Haha soalan tak mencabar langsung…Mestila korang tau kan…Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010,Asia’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010 untuk Kasino la…So memang ramai la yang bertumpu ke sini dari seluruh pelusuk asia dan seluruh dunia..Tapi kan,kalau orang nak bawak hantu ke apa ke kesini nak main dalam kasino,nak senang menang,nak kaya,boleh ke?Ahaaaaa….Memang tak la kan……Memang tak boleh…Ceritanya bermula disini…Based on my research ok..Bukan reka cerita atau apa..

Sebenarnya,tokey genting ni dulu dah prepare siap-siap security dorang,nak halang mereka-mereka yang bawak naik hantu,toyol setan segala macam dari tolong diorang menang kat kasino….Macamana security dorang?Awal-awal dulu tokey Genting dah letak 3 jin besar dekat penjuru genting….So memang security mantap gila..Bukan sahaja untuk jaga kasino,tapi untuk jaga seluruh kawasan genting itu..Bayangkanla,Genting tu bole duk diam jer kat atas bukit tu tanpa sebarang masalah…Mestila ada pakai something kan..

So didalam kasino tu,ada satu bilik yang memang private,tak boleh sapa-sapa masuk kecuali orang-orang tertentu jer..Based on my research,dikatakan dalam tu terletaknya sekuntum bunga teratai emas.Ada waktunya bunga tu mengembang,ramai lah yang menang judi,jika tak,semuanya menjadi keuntungan pihak kasino.Didalam bilik itu juga sami-sami yang tahap power-power sedang berjaga dalam tu..Kalau orang bawak belaan,memang diorang dapat tahu dan akan block…Wah,gila kentang firewall diorang..Belaan-belaan yang orang nak bawak masuk ke kasino tu,hanya dapat sampai di pintu kasino jer,tak boleh masuk dalam..Satu lagi kalau korang perasan,ada satu parking lot kat selekoh dah nak dekat-dekat sampai genting.Kat situ kalau korang lepak memang akan rasa something sebab parking tu khas untuk orang-orang yang bawak belaan.So kat atas sana company genting jaga kan,so belaan dorang memang tak dapat sampai la…Itu jer yang saya tau..Tak lebih tak kurang….So bila susah nak menang,luck tak baik,fengshui tak kena apa semua,kalah judi,kena plak dengan tempat,terus la bunuh diri..Senang cerita..So semuanya related dari sini….

Ada la 1 or 2 or 3 tempat yang saya sarankan korang jangan menginap kalau ke Genting….

1.Amber Court

Amber Court adalah tempat penginapan yang paling menakutkan dan paling kerap orang kena kacau.Memang maintainance dia tak boleh pakai..As you can see the picture above lah..Amber Cour..T dah hilang kemana dah..Dengan bangunannya macam terbiar jer….Management akan mention kat kita,jangan bukak bilik tu bilik ni..Contohnya seperti ni

Kena kacau seperti :

-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan

Dan lain-lain lagi…Difahamkan,disini terdapat bilik-bilik private yang menempatkan roh-roh kat dalam tu,dan ada rumors mengatakan ada sami-sami yang dilantik oleh company genting untuk memuja mereka..Biasanya bilik yang berhantu ni bilik hujung-hujung…Yes,tempat ni memang sesuai untuk korang-korang yang nak buat ghost hunting ke apa…Direkemenkan untuk ghost hunting,bukan untuk family..Kalau nak pergi satu family,kalau terdesak,pergi ramai-ramai….

2.Apartment Ria

Disini pun kerap jugak pengunjung kena kacau….Tapi tak boleh lawan Amber CourtAmber Court lagi seram…Ok..Tentang apartment ria nie,memang tak boleh lari daripada kisah-kisah seram nie.Korang faham-faham sendiri la,GENTING kan..Ok ramai gak orang bercerita tentang apartment ria nie…Antara kekacauan yang berlaku adalah seperti :

-Bunyi orang pindah rumah,bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas,bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu,sampai tutup pun dia akan terbukak balik..(Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen

3.First World Hotel

Ha,kat sini tak kerap sangat la..Tapi banyak jugak orang bercerita..Tapi kebanyakan orang lebih prefer menginap kat sini sebab selesa..Tapi korang still la kena berjaga-jaga….Sebab dimana-mana pun ‘benda’ tu ada,cuma ada tempat diorang bertapak apa sume,korang kene la jauhi..Ok kat sini pulak antaranya orang kena kacau seperti :

-Ada orang berjalan dari atas katil,memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan,serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas,berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai,dalam bilik
-Tv terbuka sendiri,takde siaran

Saya pun pernah stay kat sini,tapi Alhamdulillah,takde ape-ape lagi..Kat sini saya rasa ok sikit la dari korang duduk kat 2 tempat diatas tu..InsyaAllah takde ape berlaku,yang penting kuatkan semangat,pegangan dan amalan kita.

Actually,melalui research saya,ada saya terbaca daripada satu sumber yang mengatakan,sebenarnya semua hotel di genting berhantu dan mempunyai penunggunya kecuali Theme Park Hotel..Hmm..Sejauh mana kebenarannya saya pun tak tau…Tentang tempat penginapan lain kurang pula diperbincangkan,so maybe sampai no 3 jelah saya tulis…Ok nie pula ada satu spot kat genting yang perlu korang ambil tahu,sebab saya tau yang kat situ memang port korang-korang lepak kan??Boleh,tapi berhati-hatila..Jangan lepak malam-malam..

Port yang saya maksudkan itu ialah Batu Berayun / Cradle Rock..

Tentang Cradle Rock / Batu Berayun nie,saya paste terus komen seseorang yang saya dapat dari research saya

budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…
sbab kedudukan batu macam tergantung…
alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je/….

kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ
depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…

membe aku kene kat situ…
dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..
nampak la bende tu…
nampak cam pompuan nangis2……………..
ingat nak tolong la..pegi tanya…..
makin lama makin kuat nangisnya..
dari nangis tuka mengilai kuat…
nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..
die blah slow2
besok demam gak la 2 hari

Maybe tu jelah kot yang saya dapat sharekan dengan korang harini..Ok kejap saya nak paste kan antara perbincangan menarik tentang Genting nie kat korang…
——————————————————————————————–

ader gak sumber cakap kat aku yang kalo korang mencari….
atau nak bela
ble la p carik kat situ..sebab banyak yang da takde tuan sebab kene tinggal…
aku tau pasal ni sebab abang ipar membe aku (JAHAT DIA NIH) ade bela dan dia amik bende tu kat genting….

——————————————————————————————–

kat 1st world pun seram aku dgr cita membe aku
ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil
tu yg diorg cita la

tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs
tak ingat tower brapa
dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik
stay sana mlm tu

mlm tu aku x leh tido
rasa cam ada org dok usha je aku baring
pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun
membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko
aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi

sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm

——————————————————————————————–

ok aku nak cakap aku penah duduk kat amber court ni..seram gila..
dah la nak masuk satu hal jauh ..kena tempuh ladang cendawan dulu..gelap lak tu
x de lampu jalan..lg satu hotel dia bukan ada heater nak mandi pun x tahan gigil2x
masa masuk kat dalam apartment pun dah rasa kembang tengkuk..

ok aku nak crita satu pengalaman aku kat sana..mlm tu kami borak2 kat luar living hall..
anak aku dah masuk tido dgn maid..lps dalam lebih kurang 1jam maid aku kluar dr bilik
tanya aku panggil dia kenapa..aku terkejut bila masa aku panggil dia..kami ramai2x dok borak kat luar x de pun aku masuk dalam bilik..sbb klu aku masuk sebelum anak aku tido dia(anak aku)
mesti dah x mo tido dgn maid aku mmg nak bekepit dgn aku aje..
lps tu dia kata apa kat aku tau ..dia kata ” kakak yg berdiri kat luar (balcony) td panggil saya..lps tu kakak masuk dan terus kluar dr bilik ” ..so kami ramai2x pandang satu dgn lain..apa lg aku terus
masuk bilik aku angkat anak aku tgh tido bawa tido kat luar…kami semua berkumpul tido kat luar mlm tu..esok nya kami terus checkout x tunggu dah payment yg kami dah bayar kat agen pun
burn gitu aje..jangka nak duduk 2mlm jd satu mlm aje..gitu la kisah nya,sorry la aku x pandai nak bcrita sgt aku nak crita pengalaman aku kat amber aje,supaya korang berhati2x klu org (agen) offer hotel tu hentikan aje la x yah la duduk situ mmg angker tpt tu ..sampai la ni kami x tau apa benda apa yg ‘memanggil ‘ maid aku tu..

——————————————————————————————–

hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilikl tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’.mcm bunyi bile oven dah panas.

——————————————————————————————–

hhmm
Genting Highlang to memang banyak cerita pelik pelik…
spirits yang berada di sana tu jugak agak seram
pernahkah u all pikir knape?

casino dekat sana…
ramai orang gamble kat sana… pinjam duit… kalah habis
takde duit nak bayar…. den bunuh diri dekat sana
sebab tulah roh roh mereka terperangkap kat sana

selain itu, roh2 mereka pulak menunggu kat sana untuk mencari penggantinya
so mereka sambil tunggu sambil kacau orang lah….

i pernah pergi sana banyak kali
tapi i tak suka tinggal dekat sana… tak tau mengapa.. hahhaa auranya mungkin tak sesuai aku
tapi… i advice orang yang nak ke sana, prepare lah ape yang u nak bawak untuk menghindari mereka.
dan yang penting u jangan takut dengan mereka
cakap senang… bila betul betul hahaha tak tau la

sana memang banyak roh yang tak aman
kawan i bertapa kat sana pun kata sana tak boleh tahan
sampai dia terpaksa mintak masternya ke sana untuk menjemputnya balik ke kl
hahahha

tapi.. i rase kan….
dunia kita ade peraturan… dunia mereka juga ade peraturan
kalau kita ‘terjumpa’ dengan mereka, ucaplah kata kata suci
dan janganlah menyusahkan diri dan mereka

——————————————————————————————–

ader…cousin aku pun pernah keja kat Genting nun.memang pernah dengar kalau sape2 yg nak berjudi tu kalau ada bawak ‘belaan sendiri’ tak’an boleh menag besar punye.Pasal awal2 lagik Tokey Genting dah letak 3 jin besor kat penjuru Genting sana tu…
dan kawasan atas sana tu asalnya gunung@hutan…so bila ader benda2 pelik belaku tu tak heran lah…termasuk le kes2 bas jatuh gaung…

p/s:Makhluk ni berada dimana-mana,jadi tak kisahlah kat mana,amalan,pegangan,dan semangat korang mestila kuat..Jangan lupa kepada pencipta kita..Kita sebenarnya dijadikan lebih kuat dari ‘mereka’..’Mereka’ wujud hanyalah untuk menggugat iman dan mengacau kita.Ingatlah pesan saya kepada korang semua..

Kongsikan pengalaman seram korang kat Genting disini..Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..