I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!

Pekida & Skop Productions Akhirnya Berdamai

June 21st, 2011

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memohon maaf terhadap filem terbitanya KL Gangster yang telah menyinggung perasaaan sebuah pertubuhan Pekida.
Menurut Yusof, bagi menjernihkan keadaan dan mencari pendamaian dia dengan rendah diri memohon maaf atas kontroversi yang berlaku.

“Kalau filem KL Gangster menyinggung perasaan pihak Pekida, saya menyusun 10 jari memohon maaf bagi menjernihkan keadaan.

“Demi Allah, pihak kami tidak mempunyai niat walau sebesar kuman untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, kontroversi yang berlaku mungkin salah faham dan terlepas pandang,” katanya selepas mengadakanpertemuan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) pada Majlis Kesyukuran dan Musyawarah di Restoran Haslam, di sini, Jumaat.

Majlis terserbut turut dihadiri Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, Datuk Roslan Dahaman dan penerbit filem, David Teoh.

Majlis musyawarah itu diadakan bagi menjernihkan isu filem KL Gangsterdan Kongsi telah menggunakan gelaran yang sinonim dengan Pekida seperti Ayahanda, Abang Long dan Abang Kawasan
.
Tambah Yusof, pihaknya akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan filem akan datang terutamanya sekuel KL Gangster tidak lama lagi dan akan memastikan isu sama tidak timbul.

“Saya akan membuat pemantauan lebih teliti terhadap filem arahan anak saya (Shamsul ) selepas ini dan lebih penting kami akan menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat,” katanya.

Sedikit video dari musyawarah tersebut

Sumber

Review filem KL Gangster

June 17th, 2011

Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia I’m Hafiz.Harini rasa nak review sikit tentang filem KL Gangster yang mula ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia pada 9 Jun yang lepas.Memangla baru nak review,sebab baru dapat tengok semalam.Haha,bz derr…

Pada pendapat saya,di Malaysia nie belum pernah hasilkan filem macamni..Maksud saya,filem yang jalan ceritanya begitu menarik dan ditambah pula dengan pelakon-pelakon yang dapat membawakan watak mereka dengan baik sekali sehingga dapat ‘feel’ bila menonton.Nape saya cakap camtu?Sebab dah memang betul la macamtu,korang tak caye pegila tengok sendiri.

Watak Aaron Aziz sebagai Malek memang tidak menghampakan.Aksi-aksi dan segala adengan yang dilakonkan oleh beliau memang ‘sampai’ kepada kepala kita.Bukan sampai apa,kiranya boleh ‘feel’ la.Walaupun muka dia tak sesuai jadi gangster,hahaha..Baju yang dia pakai dalam filem tu pun tak melambangkan dia gangster.Ya memang betul sebab bila dia keluar penjara,dia dah cuci tangan broo (takmau terlibat dah).So tiada masalah pun kat situ.Dan bila first action dia bergaduh,pergh,baikk beb…Tapi bila kawan rapat dia iaitu Fadil kena bunuh,family dia kena kacau,he decided to return kembali dalam arena peng’gengster’an ni,and join Dragon.Mantap…

Haha,si Zizan nie belakon bagus jugak.Semua orang gelak tengok dia nie.Pandai dia cuit hati penonton..Boleh kata dia nie pelawak berbakat laa sekarang nie..Abang Long Fadil yerr??Nampak gengster lain lari lintang pukang..Hahaha…

Ini diaaa sorang lagi brader kita,Ajib yang dilakonkan oleh Sofi Jikan..Terbaik beb mamat nie berlakon..Ayat dia yang aku ingat sampai sekarang time dia tolong Malek kat pasar tu,lebih kurang macamni la “Kalau aku kerat ko 18,baru ko faham erti penyesalan”..Hahaha,ayat tu memang tak boleh bla..Dia nie kawan baik Malek,kalau begaduh tu memang rebah terus bangun balik..Kaki gaduh sejati…Terbaik la Sofi Jikan!!Caya sama luu!!

Ha ni la Shark..Haha gangster betol mamat nie.Ayah tiri sendiri pun dia bunuh iaitu King,kawan baik kepada Malek..Tapi dia ni cakap jer besar,bila gaduh kena tapau jugak…Haha scene yang tak boleh bla time kereta Fadil (Zizan) meletup..Malek terus pegi cari dia kat port King..Malek serbu jer masuk terus tendang dia..Takde cerita banyak..Dia pulak ternganga je Malek tendang dia,tak balas pon..Balas cakap jer..Hahah…Dia ni la yang bertanggungjawab bunoh Fadil,buat kacau kat rumah family Malek dan penyebab utama Malek masuk penjara..Tapi at last,dia mati di tangan Dragon dan Malek..Lakonan dia mantap,cuma sket jer yang tak menjadi..Alah bukannya tak menjadi sangat,kira ok laaaa..Sleng cina dia..Tak berapa ngam dengan suara dia..Tu jerrr..Tapi bukan masalah pun,terbaik…!

Dan pelakon-pelakon lain seperti Adi Putra yang membawa watak Jai,Corrie iaitu Dragon dan yang lain-lain memang amat mantap..Memang padan..Babak pergaduhan yang mantap..Ni laa movie Malaysia yang ditunggu-tunggu oleh semua….Aperr?Korang tak tengok lagi????Hah pegilaaa cepat,pegi cepat tengok…Dah nak masuk seminggu dah nie..Cite ni terbaik bro…4.3 Bintang wa kasik…Cunnnnn…

KL Gangster

June 8th, 2011

Trailer filem KL Gangster nie,meleleh air liur..Memang terbaik..Nantikan 9 Jun…Pergh….Wajib tengok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I'm Hafiz

Simple story about me and my experiences..